29 Nov 2014

Kelebihan memiliki Anak syurga


  • Memiliki anak kecil yang meninggal dunia sebelum baligh
  • “Lamanya di Barzakh itu ialah semenjak roh terpisah dari tubuh,semenjak meninggal dunia sampai hari berbangkit”.”Bagi orang-orang yang beriman di Barzakh hanya terasa sementara”.
  • Disamping para malaikat dan Hurul-Aini(bidadari syurga),maka anak2 yang meninggal dunia sebelum baligh (disebut sebagai al-wildan) akan menyambut kedatangan ibubapanya di pintu syurga. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ,
“Ketika aku mikraj ke langit tiba2 aku mendengar suara kanak-kanak.Aku  bertanya“ wahai jibril,siapakah mereka itu?” jibril menjawap:mereka adalah anak cucu orang islam yg meninggal dunia sebelum baligh.mereka itu diasuh oleh Nabi Ibrahim AS sampai org tua mereka datang”(Riwayat  Abu Daud)
  • Anak-anak org islam  yang meninggal dunia pada waktu kecil di alam barzakh dia dikumpul pada suatu tempat  di bawah penjagaan Nabi Ibrahim AS. Setelah kiamat tiba mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga akhirat.Jadi mereka tidak mengalami panas matahari,tidak melalui hisab iaitu pengadilan di Mahkamah Rabbul-jali. Tidak melalui mizan dan tidak meniti Titian Shiratal-mustakim yang terbentang di punggung api neraka jahanam.Mereka ini setelah dibangkitkan langsung dipindahkan ke dalam syurga Jannatun-Naim.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “tiap-tiap anak kecil yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke syurga dengan rahmat Allah SWT ”(HR Bukhari & Muslim.)
  • Setelah dipindahkan ke dalam syurga,anak-anak kecil ini lupa kepada khidupan dunia,lupa kampung halaman mereka dan lupa kepada kedua ibu bapanya dan lupa kesemuanya.
  • Tiba-tiba pada suatu hari,ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga,maka ada malaikat yang akan memberitahukannya ”wahai wildan,lupakah kamu kepada kedua orang tuamu? Sekarang mereka berada dipintu syurga.”ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepda ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.
  • Mendengar apa yang dikatakan malaikat itu,dalam keadaan menangis dan membawa air,makanan,pakaian dengan segera mereka menuju ke pintu syurga.Sesampainya mereka disana,mereka melihat Hurul-Aini sedang tegak berbaris sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.
  • Setelah pintu syurga dibuka,dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-aini,maka orang-orang mukmin pun berebut masuk kedalamnya dan ketika itulah anak-anak kecil sibuk mencari kedua ibu bapa mereka. Mereka mencari kesana dan kemari tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis dan memegang air ditangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya “wahai malaikat,manakah ayah dan ibu kami?”
  • Malaikat menjawap “wahai wildan sungguh malangnya nasib kamu,kedua orang tua kamu terjatuh kedalam neraka.”mendengar ungkapan yang demikian itu,maka anak kecil tadi menangis sejadi-jadinya,menangis hiba dengan rantapan menyayat hati”wahai ibuku,wahai ayahku apakah kesalahanmu,apakah dosamu sehingga kamu terjatuh kedalam neraka?” begitulah rantapan mereka
  • Berkata Malaikat,”wahai ,wildan jangan menangis pergilah kamu mengadu kepada Nabi Muhammad SAW,”setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad SAW, lantas Nabi Muhammad pun mengangkat kedua tangannya dan berdoa lalu dikeluarkanlah orang-orang mukmim yg berada di dalam neraka itu. Inilah syafaat Nabi Muhammad SAW yang ketiga di akhirat nanti:
  • Pertama sewaktu ditimbang dosa & pahala
  • Kedua pada waktu meniti Shiratul mustaqim
  • Ketiga ketika mengeluarkan orang mukmim dari neraka.
  • Maka ketika itulah bertemu antara anak-anak kecil tadi dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira yang menjadi kerinduan siang malam selama ini.
Firman Allah SWT yang bermaksud “pada hari itu mereka berjumpa dengan perasaan gembira”(surah ad-darh ayat 11)
Menurut hadis qudsi:
Allah SWT berfirman pada hari kiamat kepada anak-anak kecil (al-wildan)
“masuklah kalian kedalam syurga!”
Anak-anak itu berkata “Ya rabbi,(kami menunggu) hingga kedua ibu ayah kami masuk.”
Lalu mereka mendekati pintu syurga tetapi tidak mahu masuk kedalamnya
Allah SWT berfirman lagi “Mengapa,Aku melihat mereka enggan masuk?masuklah kalian kedalam syurga!”
Mereka menjawap”tetapi,(bagaimana) orang tua kami?”Allah SWT pun berfirman “masuklah kalian kedalam syurga bersama kedua orang tua kalian.”(Hadis Qudsi Riwayat Ahmad dari Syurabil bin Syua’ah yang bersumber dari sahabat nabi SAW.

Istilah al-wildan dalam hadis qudsi adalah kata jama’ mufradnya (kata tunggalnya) adalah al-walid,artinya yang baru dilahirkan iaitu bayi,atau anak kecil yang belum akil baligh yang meninggal dunia dan keguguran akan masuk ke syurga.




No comments: