Showing posts with label Anak syurga. Show all posts
Showing posts with label Anak syurga. Show all posts

29 Nov 2014

Kelebihan memiliki Anak syurga


  • Memiliki anak kecil yang meninggal dunia sebelum baligh
  • “Lamanya di Barzakh itu ialah semenjak roh terpisah dari tubuh,semenjak meninggal dunia sampai hari berbangkit”.”Bagi orang-orang yang beriman di Barzakh hanya terasa sementara”.
  • Disamping para malaikat dan Hurul-Aini(bidadari syurga),maka anak2 yang meninggal dunia sebelum baligh (disebut sebagai al-wildan) akan menyambut kedatangan ibubapanya di pintu syurga. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ,
“Ketika aku mikraj ke langit tiba2 aku mendengar suara kanak-kanak.Aku  bertanya“ wahai jibril,siapakah mereka itu?” jibril menjawap:mereka adalah anak cucu orang islam yg meninggal dunia sebelum baligh.mereka itu diasuh oleh Nabi Ibrahim AS sampai org tua mereka datang”(Riwayat  Abu Daud)
  • Anak-anak org islam  yang meninggal dunia pada waktu kecil di alam barzakh dia dikumpul pada suatu tempat  di bawah penjagaan Nabi Ibrahim AS. Setelah kiamat tiba mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga akhirat.Jadi mereka tidak mengalami panas matahari,tidak melalui hisab iaitu pengadilan di Mahkamah Rabbul-jali. Tidak melalui mizan dan tidak meniti Titian Shiratal-mustakim yang terbentang di punggung api neraka jahanam.Mereka ini setelah dibangkitkan langsung dipindahkan ke dalam syurga Jannatun-Naim.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “tiap-tiap anak kecil yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke syurga dengan rahmat Allah SWT ”(HR Bukhari & Muslim.)
  • Setelah dipindahkan ke dalam syurga,anak-anak kecil ini lupa kepada khidupan dunia,lupa kampung halaman mereka dan lupa kepada kedua ibu bapanya dan lupa kesemuanya.
  • Tiba-tiba pada suatu hari,ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga,maka ada malaikat yang akan memberitahukannya ”wahai wildan,lupakah kamu kepada kedua orang tuamu? Sekarang mereka berada dipintu syurga.”ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepda ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.
  • Mendengar apa yang dikatakan malaikat itu,dalam keadaan menangis dan membawa air,makanan,pakaian dengan segera mereka menuju ke pintu syurga.Sesampainya mereka disana,mereka melihat Hurul-Aini sedang tegak berbaris sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.
  • Setelah pintu syurga dibuka,dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-aini,maka orang-orang mukmin pun berebut masuk kedalamnya dan ketika itulah anak-anak kecil sibuk mencari kedua ibu bapa mereka. Mereka mencari kesana dan kemari tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis dan memegang air ditangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya “wahai malaikat,manakah ayah dan ibu kami?”
  • Malaikat menjawap “wahai wildan sungguh malangnya nasib kamu,kedua orang tua kamu terjatuh kedalam neraka.”mendengar ungkapan yang demikian itu,maka anak kecil tadi menangis sejadi-jadinya,menangis hiba dengan rantapan menyayat hati”wahai ibuku,wahai ayahku apakah kesalahanmu,apakah dosamu sehingga kamu terjatuh kedalam neraka?” begitulah rantapan mereka
  • Berkata Malaikat,”wahai ,wildan jangan menangis pergilah kamu mengadu kepada Nabi Muhammad SAW,”setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad SAW, lantas Nabi Muhammad pun mengangkat kedua tangannya dan berdoa lalu dikeluarkanlah orang-orang mukmim yg berada di dalam neraka itu. Inilah syafaat Nabi Muhammad SAW yang ketiga di akhirat nanti:
  • Pertama sewaktu ditimbang dosa & pahala
  • Kedua pada waktu meniti Shiratul mustaqim
  • Ketiga ketika mengeluarkan orang mukmim dari neraka.
  • Maka ketika itulah bertemu antara anak-anak kecil tadi dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira yang menjadi kerinduan siang malam selama ini.
Firman Allah SWT yang bermaksud “pada hari itu mereka berjumpa dengan perasaan gembira”(surah ad-darh ayat 11)
Menurut hadis qudsi:
Allah SWT berfirman pada hari kiamat kepada anak-anak kecil (al-wildan)
“masuklah kalian kedalam syurga!”
Anak-anak itu berkata “Ya rabbi,(kami menunggu) hingga kedua ibu ayah kami masuk.”
Lalu mereka mendekati pintu syurga tetapi tidak mahu masuk kedalamnya
Allah SWT berfirman lagi “Mengapa,Aku melihat mereka enggan masuk?masuklah kalian kedalam syurga!”
Mereka menjawap”tetapi,(bagaimana) orang tua kami?”Allah SWT pun berfirman “masuklah kalian kedalam syurga bersama kedua orang tua kalian.”(Hadis Qudsi Riwayat Ahmad dari Syurabil bin Syua’ah yang bersumber dari sahabat nabi SAW.

Istilah al-wildan dalam hadis qudsi adalah kata jama’ mufradnya (kata tunggalnya) adalah al-walid,artinya yang baru dilahirkan iaitu bayi,atau anak kecil yang belum akil baligh yang meninggal dunia dan keguguran akan masuk ke syurga.





...: TERIMA KASIH DAUN KELADI..rajin singgah lagi :...

28 Oct 2014

34 hari berlalu

34 hari sudah berlalu...
Tinggal 10 hari lagi nak abis pantang....
34 hari jugaklah Dikau pergi meninggalkan kami syg...
Hari-hari yang umi lalui terasa kosong...
Bangun pagi teringat kamu
Tido malam teringat kamu
makan teringat kamu
Mandi teringat kamu
Setiap apa yang umi buat semua umi teringat kamu....
Setiap saat,minit,jam Hanya kamu di ingatan umi & abah..
Muhammad Fahmi kesayangan ku....
Semoga umi & abah diberikan rezeki oleh Allah untuk memperoleh zuriat lagi... Amin 
Behave syg...love u ......
al-fatihah

...: TERIMA KASIH DAUN KELADI..rajin singgah lagi :...

Menziarahi mu.......


Rindunya pada kamu syg (anak syurgaku)....
Rindu nak mencium kamu,bauanmu itu... 
Ya allah.... hanya Kau yang tahu betapa rindunya hati ku ini pada zuriat ku.....

Minggu lepas umi & abah pergi membersihkan kubur mu....Tenang umi rasa bila pergi kubur...
 Rasa macam umi nak duduk jer  dekat kubur tu teman kamu syg.....
Tetapi dunia kita berbeza... Kamu bahagia disana disamping Allah swt. Kami di dunia byk pancaroba dan dugaan...

Dunia sekarang tak seindah dulu syg...perlbagai kejadian dah berlaku...  Jaga diri kamu ye syg..
Umi dan abah sentiasa Rindukan kamu....Sayangkan kamu seumur hidup kami...
Doakan yang terbaik buat kami tau :)

Al-Fatihah sygku........


...: TERIMA KASIH DAUN KELADI..rajin singgah lagi :...

3 Oct 2014

untuk anak syurgaku

Salam jumaat..


Lepas jumaat karang nk g amik batu nisan untuk arwah anak kami...
Nk pasang lpas sembahyang raya ahad nanti..

Al fatihah...

...: TERIMA KASIH DAUN KELADI..rajin singgah lagi :...

2 Oct 2014

menjadi ahli syurga

Hai hai semua..maaf lama x post blog..
Mesti semua tertanya2 da bsalin ke blum..

Tanggal 24 september jam 1.10pagi,sy selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.1kg melalui kaedah pembedahan (Emlscs)..(ada cerita disebalik kejadian)

Tetapi blum sempat anak itu menikmati dunia yang penuh pancaroba,dia telah pergi meninggalkan umi dan abah dia..blum sempat kami mendengar tangisan pertamanya..Allah telah mengambil dan membawa beliau ke syurga firdausi....
Ya allah berat sungguh dugaan & ujian yang dkau berikan pada kami..tapi kami redha.. Semua ini sudah tertulis sewaktu janin itu mula terbentuk..
Terima kasih sb pinjamkan anak syurga itu didalam perut ini hanya untk 9 bulan..selama 9bulan tiap gerakan,tiap seduannya akan di ingati sampai akhir hayat ini...
WAHAI ANAKKU selamat menjadi AHLI SYURGA FIRDAUSI...Doakan abah dan umi,tunggu kami disana..

...: TERIMA KASIH DAUN KELADI..rajin singgah lagi :...

Seminggu sudah

Seminggu sudah..seminggu juga dah dalam pantang.. Berpantang tanpa anak disisi.. Kena dan terpaksa kuat demi suami dan keluarga..

Al fatihah....
Aku bersyukur punya suami yang menjaga dan memberi sokongan moral padaku.. 



...: TERIMA KASIH DAUN KELADI..rajin singgah lagi :...