30 Jul 2012

Biskut MAKMUR>>>>..



Salam ramadhan dan salam 1 malaysia... Entry kali nie nak citer sal Biskut MAKMUR lah...
Korang makan x??? Biskut nie terkenal dengan MINYAK SAPI nyer...

Now Biskut tu CIK AIEN buat untuk jual plak.. Xda niat pun buat untuk jual ke ape... Buat untuk mkn sblum puasa aritu .. Kebetulan buat banyak,akak CIK AIEN amik bwk g tmpt keje dia satu balang.. pastu ada 2 org kawan dia mengandung ngidam nak makan MAKMUR..Nak dlm 100 bijik sorang.. CIK AIEN pun buatlah dh org ngidam xkan xnak bgkan kesian plak..

Bila dh buat diorg promote plak kat kwn2 lain.. Then akak CIK AIEN tny ramai nk order nak x buat untuk raya nie.. CIK AIEN tanpa pikir panjang ckp " oklah tapi jgn lebih 500 sb kje lagi penatlah balik keje nk pulun plak"..

Bagilah contoh 1 balang n kertas untuk tulis nama.. CIK AIEN bg kertas kecik jerk hehehe (sb xnak byk2 takut x sempat keje lagi,nk wt kueh raya lagi).. Then kelmarin akak CIK AIEN dh amik kertas tu.. mmg terkejut balik2 keje dia dh tersenyum dlm umah..dia kata dh dapat sape yg nk beli n jumlah..

Dengan lajunyer menuju ke dapur nk tgk.. ha...amik kau.. 3000 bijik.. (jenuhlah nak pulun siapkan dlm minggu depan sb diorg nk lagi 2 minggu nak raya.. CIK AIEN tny knp byk sgt.. alassan diorg SEDAP!!(sedap ke hahaha sbnyer CIK AIEN nie biskut MAKMUR x mkn sgt) BUAT jer rajin mcm2 biskut boleh buat makannyer jarang ehhehe.. jgn my MAMA dia mmg kaki makan MAKMUR... nak xnak kena wat sbnyer org dh bg nama n duit jadi org berharap..My mama ckp jgn hampakn org..(sigh..mmg xnak hampa mama tapi penatlah balik keje kena wat byk tu hehehe) tp xpe demi duit lebih i RELA....

**harap2 tu sempatlah siap sebelum minggu depan.. mintak2lah shif pagi jerk lau ptg matilah nk pulun balik keje dh malam ehehhe ** gambar sempena membuat kuih :)

MAKMUR yg nak di ovenkan hehehe

Bila dh diselimutkan dengan gula ICING

dah siap diasingkan ikut ORDER

baru siap masak nak selimut GULA :)

TARA!!!! buh gula depan FB + teh o laici.. terangkat beb wa ckp lu hehehe.. ada stail x??? nie namanya kes boring..sambil wat biskut sambil dengar lagu n 0n9 kejap jerk.. dengar lagu yg lama :)


...: TERIMA KASIH DAUN KELADI..rajin singgah lagi :...

26 Jul 2012

COOL BLOG




COOL BLOG... sedap.. mula2 pekena benda nie tyme study dulu.. hehe now benda nie dok dekat n umah senanglah hahaha..
FEBRET saya ialah OREOblog VANILA+PEARL= masyuk.... huahuahu

** gambr nie diambil sehari sebelum puasa... ada dua sb satu saya punya lagi satu akak saya.




...: TERIMA KASIH DAUN KELADI..rajin singgah lagi :...

25 Jul 2012

RAMADHAN.... (baru nak update )



Alhamdulillah.. dah 5 hari kita puasa....Tapi baru ari nie CIK AIEN kesempatan nak update... Bzlah skrg.. keje x menentu plak tu... 
Ok berbalik pada mula kita berpuasa.. 21/7/2012 tarikh tu bersamaan dengan besday abg saya yg sulung.. jadi berbuka first ramadhan tu kami sambut skali n besday dia... hehehe
Masak pelbagai juadah dan + kek untuk abg sulung CIK AIEN nie.. jom kita tgk gambar yerk.. heheheh









...: TERIMA KASIH DAUN KELADI..rajin singgah lagi :...

22 Jul 2012

PETUA II




CARA HILANGKAN BAU KETIAK
Bagi menghilangkan bau ketiak yang tidak menyenangkan,anda boleh cuba petua ini.campur kapur sireh dan perahan limau.Oleskan dibawah lengan  setiap kali lepas mandi.Pasti ketiak anda tidak mengeluarkan bau lagi.


PETUA ATASI TUMIT MEREKAH
Ambil betik muda,belah amik getahnya.letakkan pada tumit anda,biarkan beberpa  minit kemudian bilas bersih.Amalkan tiga kali smeinggu hasilnya tumit anda bebas rekahan.



ATASI RASA GATAL LIDAH AKIBAT KELADI
Sekiranya termakan keladi gatal,warna lidah akan bertukar menjadi ungu. Oleh ituanda perlu minum secawan air kelapa muda untuk hilangkan rasa gatal tersebut


HILANGKAN KESAN MINYAK HITAM PADA BAJU
Untuk menghilangkan kesan minyak hitam pada baju.sapukan sedikit marjerin pada kotoran dan rendam  seketika.Kemudian berus dan bilas.Anda akan dapati kesan tersebut hilang serta merta.Ia juga boleh digunakan jika terkena gula-gula getah atau getah mempelam. Selamat mencuba J




...: TERIMA KASIH DAUN KELADI..rajin singgah lagi :...

PETUA 1




HABUK KAYU MEMUTIHKAN GIGI
-ingin memutihkan gigi tanpa kos yang tinggi ialah dengan menggunakan habuk kayu yang telah dibakar. Tumbuk halus habuk kayu tersebut dan gosokkan pada gigi.Jika diamalkan selalu,gigi anda akan putih bersih.





LEMBUTKAN KULIT WAJAH
-bagi mendapatkan kulit wajah yang lembut, dan berseri,ambil uncang the  yang telah digunakan.Blias dengan air,Kemudian sapu dan lumurkan pada wajah sebelum mandi.Anda akan berpuas hati dengan hasilnya


MENAIKKAN SERI WAJAH
-Istimewa buat bakal pengantin,Amalkan memakan sekuntum bunga ros.Lakukan selalu untuk membantu  menaikkan seri  wajah.Petua ini boleh diamalkan kepada mereka yang inginkan awet muda


MENGURANGKAN KUNING PADA BAYI
-Bayi mudah mengalamai demam kuning.Bagi mengurangkan kuning bayi daripada terus meningkat,rendam halwa kundur dan ambil airnya.Berikan bayi minum sebanyak satu sudu teh dua kali sehari.Ibu yang menyusu juga boleh mengamalkannya. Insyallah kuning pada bayi beransur sembuh.



...: TERIMA KASIH DAUN KELADI..rajin singgah lagi :...

10 Jul 2012

SEGMEN :- FREE DOODLE CUTE ...



JOIN SEGMEN  NIE....





syarat2 :
1. follow blog ini
2. buat entry yg bertitle "segmen : free doodle cute" dan letakkan gambaq atas tuh yg dilinkkan ke entry ini
3. tag 3 orang rakan
4.tgglkan link segmen di komen entry ini ..

**dalam entry awak,awak dan awak ..mestilah ada

nama : ________________
color baju di dalam : __________
 color baju diluar : ____________
color kasut : ________________

kalau boleh bg kod warna ,,cari laa kat google eh ,,
sbb nak tlg cari kan, tenet saya hampehhh .,,
tgok kat sini

hanya 40orang terawal sahaja yang akan mendapat doodle tersebut ,,


p/s : kalau lambat sory eh ,, law tenet oke sy cepat2 bg awak,awak dan awak yg bertuah..

SAPE CEPAT DYE DAPAT !! MAI CEPAT2 
.................................................................................................................................................

NAMA : AIEN
COLOR BAJU DI DALAM :HITAM (000000)
COLOR BAJU DILUAR :HIJAU (00FF00)
COLOR KASUT : HITAM (000000)

TAG : AWAK ( MRS ARMY ),AWAK (cik jijah )DAN AWAK SEMUA  MUAHAHAHAHA

...: TERIMA KASIH DAUN KELADI..rajin singgah lagi :...

SESEORANG POST KT FB !!!!



lama x update status... ari nie baru nak update hehehe... ini jerk yg mampu dulu :) 

Tarikh tak engatlah tp dlm minggu lepas...ada akak angkat saya nie post kat FB benda nie.... hahah sweet plak tgk...
Insyallah kalau jodoh n MR NAVY nty saya AMALKAN TAU....

MUAH MUAH.. THANK KAK MIRA...



...: TERIMA KASIH DAUN KELADI..rajin singgah lagi :...

3 Jul 2012

MAKANAN YANG DILARANG BG PENGANTIN BARU WANITA !!






CIK AIEN copy paste nk DR seorang sahabat FB.. :-

RASULULLAH S.A.W.. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :





"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya .

Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian maka Allah mengeluarkan
tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu merantai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :-

1. Susu
2. Cuka
3. (Ketumbar)
4. Apple Masam


Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.

"Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) ."Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.

Mengenai ketumbar ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .


Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya."



"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."



...: TERIMA KASIH DAUN KELADI..rajin singgah lagi :...

RAMADHAN dah HAMPIR.........


RAMADHAN DAH DEKAT... TINGGAL 2 MINGGU LAGI...

** TAK sabar nak sambut ramadhan.. moga tahun nie ramadhan emmbawa 1001 keberkatan.. jom sama2 tahun nie kita wat terawih yerk...**



...: TERIMA KASIH DAUN KELADI..rajin singgah lagi :...

HARI JILBAB SEDUNIA




Hari ini adalah HARI HIJAB/ JILBAB SEDUNIA dan memperingati Asy-Syahidah Marwah El-Syarbini yang mati ditikam sebanyak 18 kali kerana mempertahankan Hijabnya. 
Jika di Malaysia(maaf cakap) perempuan mati dirogol kerana membuka aurat. Antara anda dan Marwah, yang mana mati dalam keadaan mulia? Mari kita baca kisahnya yang penuh sejarah ini:

Tidak banyak liputan TV tentang Marwa Al-Sharbini, seorang ibu yang punya seorang anak, sedang mengandung tiga bulan, mati akibat ditikam 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tidak ramai pula di kalangan orang Islam sendiri sedar tentang tragedi kejam ini. Yang mereka lebih tahu ialah kematian Raja Pop. Itupun kerana media, terutama TV melampau-lampau liputannya. Berhari-hari, bahkan berminggu masih belum reda isunya.

Ribuan penduduk Mesir menghantar jenazah Marwa ke tempat pengkebumiannya. Beliau tidak sepopular artis tersohor, MJ, tetapi pastinya beliau tersohor di kalangan penduduk langit kerana mempertahankan harga diri, maruah dan agamanya melalui tudungnya, yang dengannya ia syahid.Marwa ditikam di ruang mahkamah kota Dresden, Jerman sebelum memberikan keterangan atas kesnya.

Ia mengadu tentang seorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya disebabkan beliau berjilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah berasal dari Mesir itu. Di saat berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, terkena tembakan pihak berkuasa yang berdalih tidak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam keadaan kritikal di hospital di Dresden.

Allahyarhamah merupakan seorang muslimah Mesir yang menetap di Jerman mengikut suaminya yang berjaya memperolehi biasiswa Phd di dalam bidang Kejuruteraan Genetik.  Marwa juga dikenali sebagai Pakar Farmasi dan seorang yang suka melakukan kerja-kerja kebajikan.Menjalani kehidupan di persekitaran baru cukup mencabar ditambah pula dengan perbezaan warna kulit dan agama. 


Konflik tercetus apabila beliau telah diganggu dan ditohmah ketika menemani anaknya bermain di taman permainan kanak-kanak. Dengan hanya meminta agar anaknya turut diberi peluang untuk bermain buaian, beliau dituduh sebagai ' Muslim Terrorist' oleh Axel W, 28 tahun, yang merupakan juga jirannya.

Melihat situasi tersebut kerap berulang, jiran-jirannya yang lain menasihatkan agar Marwa mengambil tindakan undang-undang terhadap Axel. Dan ketika proses perbicaraan berjalan, manusia berhati binatang yang bernama Axel W dengan tidak semena-mena menikam sebanyak 18 kali tikaman. Ya, 18 kali!

Dengan rodokkan 18 tikaman, Marwah yang sedang hamil 3 bulan menghembus nafas terakhir di tempat kejadian. Manakala suaminya pula dikejarkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri. Terkenang saat khalifah Umar Al Khattab dirodok pisau oleh Abu Lu'lu-ah Al Majusi saat sedang mengimamkan solat Isya terakhirnya.
 Dalam sejarah Islam, seorang wanita Islam cuba dicabul kehormatan dan maruah dirinya oleh seorang Yahudi. Lantas pemuda Islam tangkas membantu hingga menyebabkan pergaduhan antara Yahudi dan orang Islam. Di zaman Khalifah Mu’tasim, seorang wanita meminta tolong dengan berkata: ‘Waa Mu’tasimah!’. Mu’tasim yang berada begitu jauh darinya, apabila mendapat berita tersebut terus menghantar bantuan untuknya.

Massyallah.....INI lah WANITA penghuni SYURGA... AL-FATIHAH UNTUK MANGSA


...: TERIMA KASIH DAUN KELADI..rajin singgah lagi :...