29 Dec 2014

nak mengandung!!!


hai hai hai semua........

tetiba hati nie teringin nak mengandung lagi bila mengenangkan tgk kawan2 semua ada yang mengandung lagi ada yang dah bersalin....

Bilalah rezeki tu nak datang.. x sabar kami nk tunggu... sunyi hidup ini tanpa budak2 bayi...
Rindu arwah fahmi.. :(





Ya allah..... bagilah peluang hamba mu ini untuk merasai nikmat menjadi seorang ibu lagi..amin

...: TERIMA KASIH DAUN KELADI..rajin singgah lagi :...

13 Dec 2014

kehilangan


Assalamualaikum ..........
Genap 80 hari pemergian anak syurgaku tanda cinta umi dan abah 12.12.14... Sekejap je masa berlalu tanpa kamu disisi sayang..
Umi terpaksa lalui hari2 mendatang yang sunyi tanpa kamu..
Rindu umi padamu tak pernah meninggalkan umi walau sesaat..walau seketika..
Umi mohon pada penawarnya dari Allah agar jangan dibiarkan umi lemah dan rebah dalam menanggung kerinduan ini sayAng.. 
Semoga rindu ini menjadi sesuatu yang baik untuk kamu disana sayang.. Dan menjadi sesuatu yang indah disini untuk umi dan abah jadikan kenangan selagi hayat dikandung badan..
Jika sebelum ini umi dan abah ckap tidak mampu hadapi dugaan yang Allah berikan dengan kehilangan mu sayang SEBENARNYA kami dah pun hadapi dan laluinya.. Kami rasa tak mampu tapi Allah kata umi dan abah mampu.. ALLAH tak kan menduga sesuatu di luar kemampuan kita kan sayang
Sedih memang sedih ,Rindu memang rindu,terasa hati memang terasa hati.. Tapi umi kena senyum,kuat walau orang tak tahu betapa kita terluka..
Kekadang umi terasa dengan perckapan orang tapi umi pecaya.. HIDUP INI IBARAT RODA ADAKALA KITA DIBAWAH ADAKALA KITA DIATAS..Apabila kita berada di tempat seseorang yang ditimpa dugaan baru kita paham dan mengerti perasaan orang tu..Allahurobbi,syukur kepada-Mu diatas segala rahmat dan nikmat yang diberikan dalam menjaganya ketika didalam kandungan..Aku bersyukur dapat merasa menjadi seorang wanita mengandung dan melahirkan umatMu.. Terima kasih telah meminjamkan kami kekuatan untuk menempuh dugaan mu yang telah Engkau turunkan.. Teruslah memberi kekuatan dan kesabaran dalam kami menempuh hari-hari yang mendatang dan dugaan yang melanda..
** Al-fatihah sayang...
Berhenti menangis tak bermakna umi berhenti mengingati dan merindui mu Muhammad Fahmi.. Fahmi sentiasa dihati umi dan abah setiap saat dan ketika.. Di tempat teristimewa disisi PenciptaMu tanpa tergugat sedikit pun..
Cuma umi dan abah semakin Redha menerima pemergiaan dan ketiadaanmu disisi kami..
Semoga kita dipertemukan sebagai keluarga yang bahagia di Jannah kelak.. Amin..
80 HARI PERGINYA ANAK SYURGA KU..  





...: TERIMA KASIH DAUN KELADI..rajin singgah lagi :...

29 Nov 2014

Kelebihan memiliki Anak syurga


  • Memiliki anak kecil yang meninggal dunia sebelum baligh
  • “Lamanya di Barzakh itu ialah semenjak roh terpisah dari tubuh,semenjak meninggal dunia sampai hari berbangkit”.”Bagi orang-orang yang beriman di Barzakh hanya terasa sementara”.
  • Disamping para malaikat dan Hurul-Aini(bidadari syurga),maka anak2 yang meninggal dunia sebelum baligh (disebut sebagai al-wildan) akan menyambut kedatangan ibubapanya di pintu syurga. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ,
“Ketika aku mikraj ke langit tiba2 aku mendengar suara kanak-kanak.Aku  bertanya“ wahai jibril,siapakah mereka itu?” jibril menjawap:mereka adalah anak cucu orang islam yg meninggal dunia sebelum baligh.mereka itu diasuh oleh Nabi Ibrahim AS sampai org tua mereka datang”(Riwayat  Abu Daud)
  • Anak-anak org islam  yang meninggal dunia pada waktu kecil di alam barzakh dia dikumpul pada suatu tempat  di bawah penjagaan Nabi Ibrahim AS. Setelah kiamat tiba mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga akhirat.Jadi mereka tidak mengalami panas matahari,tidak melalui hisab iaitu pengadilan di Mahkamah Rabbul-jali. Tidak melalui mizan dan tidak meniti Titian Shiratal-mustakim yang terbentang di punggung api neraka jahanam.Mereka ini setelah dibangkitkan langsung dipindahkan ke dalam syurga Jannatun-Naim.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “tiap-tiap anak kecil yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke syurga dengan rahmat Allah SWT ”(HR Bukhari & Muslim.)
  • Setelah dipindahkan ke dalam syurga,anak-anak kecil ini lupa kepada khidupan dunia,lupa kampung halaman mereka dan lupa kepada kedua ibu bapanya dan lupa kesemuanya.
  • Tiba-tiba pada suatu hari,ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga,maka ada malaikat yang akan memberitahukannya ”wahai wildan,lupakah kamu kepada kedua orang tuamu? Sekarang mereka berada dipintu syurga.”ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepda ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.
  • Mendengar apa yang dikatakan malaikat itu,dalam keadaan menangis dan membawa air,makanan,pakaian dengan segera mereka menuju ke pintu syurga.Sesampainya mereka disana,mereka melihat Hurul-Aini sedang tegak berbaris sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.
  • Setelah pintu syurga dibuka,dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-aini,maka orang-orang mukmin pun berebut masuk kedalamnya dan ketika itulah anak-anak kecil sibuk mencari kedua ibu bapa mereka. Mereka mencari kesana dan kemari tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis dan memegang air ditangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya “wahai malaikat,manakah ayah dan ibu kami?”
  • Malaikat menjawap “wahai wildan sungguh malangnya nasib kamu,kedua orang tua kamu terjatuh kedalam neraka.”mendengar ungkapan yang demikian itu,maka anak kecil tadi menangis sejadi-jadinya,menangis hiba dengan rantapan menyayat hati”wahai ibuku,wahai ayahku apakah kesalahanmu,apakah dosamu sehingga kamu terjatuh kedalam neraka?” begitulah rantapan mereka
  • Berkata Malaikat,”wahai ,wildan jangan menangis pergilah kamu mengadu kepada Nabi Muhammad SAW,”setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad SAW, lantas Nabi Muhammad pun mengangkat kedua tangannya dan berdoa lalu dikeluarkanlah orang-orang mukmim yg berada di dalam neraka itu. Inilah syafaat Nabi Muhammad SAW yang ketiga di akhirat nanti:
  • Pertama sewaktu ditimbang dosa & pahala
  • Kedua pada waktu meniti Shiratul mustaqim
  • Ketiga ketika mengeluarkan orang mukmim dari neraka.
  • Maka ketika itulah bertemu antara anak-anak kecil tadi dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira yang menjadi kerinduan siang malam selama ini.
Firman Allah SWT yang bermaksud “pada hari itu mereka berjumpa dengan perasaan gembira”(surah ad-darh ayat 11)
Menurut hadis qudsi:
Allah SWT berfirman pada hari kiamat kepada anak-anak kecil (al-wildan)
“masuklah kalian kedalam syurga!”
Anak-anak itu berkata “Ya rabbi,(kami menunggu) hingga kedua ibu ayah kami masuk.”
Lalu mereka mendekati pintu syurga tetapi tidak mahu masuk kedalamnya
Allah SWT berfirman lagi “Mengapa,Aku melihat mereka enggan masuk?masuklah kalian kedalam syurga!”
Mereka menjawap”tetapi,(bagaimana) orang tua kami?”Allah SWT pun berfirman “masuklah kalian kedalam syurga bersama kedua orang tua kalian.”(Hadis Qudsi Riwayat Ahmad dari Syurabil bin Syua’ah yang bersumber dari sahabat nabi SAW.

Istilah al-wildan dalam hadis qudsi adalah kata jama’ mufradnya (kata tunggalnya) adalah al-walid,artinya yang baru dilahirkan iaitu bayi,atau anak kecil yang belum akil baligh yang meninggal dunia dan keguguran akan masuk ke syurga.





...: TERIMA KASIH DAUN KELADI..rajin singgah lagi :...

28 Oct 2014

34 hari berlalu

34 hari sudah berlalu...
Tinggal 10 hari lagi nak abis pantang....
34 hari jugaklah Dikau pergi meninggalkan kami syg...
Hari-hari yang umi lalui terasa kosong...
Bangun pagi teringat kamu
Tido malam teringat kamu
makan teringat kamu
Mandi teringat kamu
Setiap apa yang umi buat semua umi teringat kamu....
Setiap saat,minit,jam Hanya kamu di ingatan umi & abah..
Muhammad Fahmi kesayangan ku....
Semoga umi & abah diberikan rezeki oleh Allah untuk memperoleh zuriat lagi... Amin 
Behave syg...love u ......
al-fatihah

...: TERIMA KASIH DAUN KELADI..rajin singgah lagi :...

Menziarahi mu.......


Rindunya pada kamu syg (anak syurgaku)....
Rindu nak mencium kamu,bauanmu itu... 
Ya allah.... hanya Kau yang tahu betapa rindunya hati ku ini pada zuriat ku.....

Minggu lepas umi & abah pergi membersihkan kubur mu....Tenang umi rasa bila pergi kubur...
 Rasa macam umi nak duduk jer  dekat kubur tu teman kamu syg.....
Tetapi dunia kita berbeza... Kamu bahagia disana disamping Allah swt. Kami di dunia byk pancaroba dan dugaan...

Dunia sekarang tak seindah dulu syg...perlbagai kejadian dah berlaku...  Jaga diri kamu ye syg..
Umi dan abah sentiasa Rindukan kamu....Sayangkan kamu seumur hidup kami...
Doakan yang terbaik buat kami tau :)

Al-Fatihah sygku........


...: TERIMA KASIH DAUN KELADI..rajin singgah lagi :...

3 Oct 2014

untuk anak syurgaku

Salam jumaat..


Lepas jumaat karang nk g amik batu nisan untuk arwah anak kami...
Nk pasang lpas sembahyang raya ahad nanti..

Al fatihah...

...: TERIMA KASIH DAUN KELADI..rajin singgah lagi :...

2 Oct 2014

menjadi ahli syurga

Hai hai semua..maaf lama x post blog..
Mesti semua tertanya2 da bsalin ke blum..

Tanggal 24 september jam 1.10pagi,sy selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.1kg melalui kaedah pembedahan (Emlscs)..(ada cerita disebalik kejadian)

Tetapi blum sempat anak itu menikmati dunia yang penuh pancaroba,dia telah pergi meninggalkan umi dan abah dia..blum sempat kami mendengar tangisan pertamanya..Allah telah mengambil dan membawa beliau ke syurga firdausi....
Ya allah berat sungguh dugaan & ujian yang dkau berikan pada kami..tapi kami redha.. Semua ini sudah tertulis sewaktu janin itu mula terbentuk..
Terima kasih sb pinjamkan anak syurga itu didalam perut ini hanya untk 9 bulan..selama 9bulan tiap gerakan,tiap seduannya akan di ingati sampai akhir hayat ini...
WAHAI ANAKKU selamat menjadi AHLI SYURGA FIRDAUSI...Doakan abah dan umi,tunggu kami disana..

...: TERIMA KASIH DAUN KELADI..rajin singgah lagi :...

Seminggu sudah

Seminggu sudah..seminggu juga dah dalam pantang.. Berpantang tanpa anak disisi.. Kena dan terpaksa kuat demi suami dan keluarga..

Al fatihah....
Aku bersyukur punya suami yang menjaga dan memberi sokongan moral padaku.. 



...: TERIMA KASIH DAUN KELADI..rajin singgah lagi :...

9 Jun 2014

our lil baby

Hai hai hai.. Ape kabar warga blogger... Nak cerita tentang 2.6.2014 kami g buat 2D,3D,4D scan untuk our lil baby.. 
Nampak sipi2 je muka..our lil baby xnk tnjuk muka cuma tnjuk pipi yg tembam,dagu yang runcing mcm abh dia.. 
Yang byk dia tnjuk tangan,jari jemari dan penumbuk hehe..

Alhamdulillah..seronok tgk dia membesar dengan sehat di dalam..

Nak tau jantina apa?

Tgu nanti ye hehe

...: TERIMA KASIH DAUN KELADI..rajin singgah lagi :...

19 May 2014

berita gumbira kami

Pada tarikh 6.1.14 kul 8mlm mr navy fn suh siap nk bwak g makan malam stlah shari suntuk kita x kua dr blik sb bdan xbmaya n pening je.mr navy plak kul 6pg dah g keje apa lgamik ksempatan tdow je la..
Lpas makan mr navy ajak g dataran Lang.. Bila smp je kita x bleh nk bgun,pinggang ni terlampau sakit..nyut nyut jdnya smp nangis trus mr navy ajak g farmasi nk beli panadol + salonpas.
Smp bilik mr navy tnjuk dia ada beli pregnancy test, tkejut jgk kata beli panadol tp lain yg dapat. Dia suh buat kita xnk sb sblum dtg wt tgk xdaapa trus buang haha padahal suh tgu -3-5mint haha lawak lawak
Rasa nk g toilet terus bgn n mr navy ikt dpan pintu tny knp suh wt upt.. Xnk kecewakan dia buatla jgk dah buat bg tetap 1line pastu pg kat katil terus bring,tibe2 5mint kemudian mr navy menjerit,melompat
Tercengang kita tgk dia,tny knp trus dia tnjuk 
Double line tp stay samar- samar
Eh kita kata btl ke,terus dia cium dahi ckp terima kasih,airmata pun jath kt pipi dia.. Mr navy ckp esok pagi repeat lagi mana tahu terang..

Terus hubby update status kt FB hehe senyum je tgk dia

Then esok pagi test amikkaw memang terang
Syukur alhamdulillah Berita gembira yg paling awal sepanjang 17 hari kami nikah..rezeki awal 



...: TERIMA KASIH DAUN KELADI..rajin singgah lagi :...

berbulan madu konon....

Hai hai semua tgah buat ape?hehe kita ada cita nak story mory.. Pada tarikh 5.1.2014 lepas nite dtykan kita cdang nk g Langkawi dkat mr navy KONONNYA nak berbulan madu.. Haha amik kesempatanla sb dapat ct 4 hari..
Pg tu lpas blik keje kul 7am,mandi2,siap semua g stesen bus amanjaya sb bus kul 9am.. Tp tgu punya tgu bus datang kul 11am.... Mata plak dah rabak ngantuk..
Sampai kuala Perlis kul 3ptg, bgtau mr navy dia suh tgu kt jety kuala..jalanla kekiri kekanan ke jety sb pening kepala hehe n mabuk x ckup tido..
Nak naik feri sndri hubby x bg suh tgu dia itu 1 hal tgu punya tgu kul 4.3optg bru dia sampai beli plak tiket feri dpt kul 5.30,yang perut kitakan dah mcm2 lagu main.. Ada ke patt ajak g makan dia nk mkan kt langkawi,nasib bek syg kalau x melayang haha..
Smpi lgkawi g cr htel.. 1st time jejak kaki kt lgkawi.. Tpkan langkawi dgn bt feringhi lebih kurang... Ops jgn marah ek...
Dapatla 1 hotel ni,harga rm420 untk 2 mlm mahal jgk 2 je yg ada ingatkan harga n bilik padanla tp rupa-rupanya indah khabar dr rupa..masuk2 bilik ok la not bad.. Elok nak landing atas katil sb leth nak tau dkat katil tu bwah selimut penuh pasir pantai.. Apa lg fn mr navy yg kbtlan kua cr makan suh blik tgk.. Dia g jmp pkerja htel tu suh sapu pekerja tu bg penyapu kt mr navy suh sapu..ngamuk la kawan..sb mr navy pun bru abis dty 24jam ari tu.. Mr navy tgu nk jmp owner htel tu,tgu punya tgu dptla jmp,apa ygdiowg ckp kita xtau sb x dgr..last2 yg dpt tau owner dtg mtk maaf n bg duit blik tmasuk dposit..trus hubby bwk g cr htel dkt kawan dia... Last2 kami dpt hotel kwn dia harga rm2oo untk 2 mlm..memg berbaloi haha..dkat tmpt makan pun dkat d pantai Chenang tu.. lepas makan tido sb esoknya mr navy ada jamuan..
Next permulaan yg gembira buat kami

...: TERIMA KASIH DAUN KELADI..rajin singgah lagi :...

kami bersatu - luar pintu d perlis

Jom layan gambar luar pintu kami di negeri indera kayangan huhuhu




...: TERIMA KASIH DAUN KELADI..rajin singgah lagi :...

29 Apr 2014

kami bersatu- part 7.1

Gmbr sekitar majlis bertandang d Kg Paya Beseri









...: TERIMA KASIH DAUN KELADI..rajin singgah lagi :...

kami bersat- part 7 (majlis bertandang)

Pagi2 28122013 mr navy fn kata nak bwak g makeup kt kdai.. Sbnya bju kami bwak dari Ipoh hehe
Kul 8pg dah terpacak dia kt dpan hmestay kami d Taman Santan 2.. Tapi g beli sarap dulu sb kena isi dulu perut bala tentera dihomestay......
Wajah kena makeup x rela hahaha

muka budak penunggu di butik
Balik dari makeup terus isi perut dlu dgn nasi lemak,lapaq gila time tu,dah makan terus siap bgai,pakai crown la,hahaha makeup dkdai tp smp umah siap sndri sb malas nk siap kt kdai

Ok lpas ni biar gmbr je cerita semua...
Haha part 7.1



...: TERIMA KASIH DAUN KELADI..rajin singgah lagi :...

kami bersatu - part 6 (Perlis baq hang )

Ok skrg story di Peghlih plak......Kami pergi dengan 4 bji kereta dr Ipoh..yang tunggu kat sana dah 3 bjik..
Jadi semua 7 biji.. Kami grak dari ipoh jam 7am hari Jumaat sb xmau smp lmbt nak jumaatkn..
Perjalanan Ipoh - Peghlih memey menyakitkan pinggang hahaha..tp kami berhenti cuma dkat R&R BUKIT MERAH Dan R&R GURUN. Je..yang lain pecut hahaha
Servis keta dulu

 gambr pagi jumaat

gambr ptg jumaat d perlis

syok je kat umah sepupu,tenang tepi bendang


Next hari bertandang...........

...: TERIMA KASIH DAUN KELADI..rajin singgah lagi :...

25 Apr 2014

kami bersatu - part 5 (luar pintu) outdoor

Time : 5.3optg
Venue: Gunung Lang Ipoh
Activities: Luar Pintu session
Selfie dlm keta

nak pg aktiviti luar pintu




muka dah letih hahaha



Banyak lagi tp xnak la masukkan karang kengkorang jemu hehe

Next part majlis di perlis plak
28122013


...: TERIMA KASIH DAUN KELADI..rajin singgah lagi :...