24 Dec 2012

MeDICAL CHECK-UP.....

Surat untuk pemeriksaan kesihatan dan sampai...
esok kena pg buat ..eh LUSA..esok kan krismas...
Then kena cr pesuruhjaya sumpah nk buat surat akuan sumpah plak...
Pastu tunggu lagi surat posting mana....
CONTOH

 CONTOH

...: TERIMA KASIH DAUN KELADI..rajin singgah lagi :...

23 Dec 2012

LAPOR DIRIIIIIIIIIIIIIIIIIII............

Apabila mata menatap seperti dibawah ini..hati dh mula berdebar-debar menanti tempat posting...Inilah lumrah lau dapat keje kerajaan..
**doakan yg baik2  buat saya yer :)
Bagi calon yang berjaya, surat arahan lapor diri akan dipos secara pos laju dan calon juga boleh menyemak melalui laman sesawang www.moh.gov.my
 pada minggu pertama Januari 2013.

3. Tarikh lapor diri adalah pada 15 Januari 2013 di Jabatan Kesihatan Negeri yang ditetapkan oleh Kementerian ini.

4. Penempatan sebenar di fasiliti kesihatan (klinik/hospital) akan ditentukan oleh Jabatan Kesihatan Negeri berkenaan selepas calon melapor diri.

5. Sekiranya calon tidak dapat melapor diri pada 15 Januari 2013 atas sebab-sebab tertentu, calon hendaklah melapor diri dalam tempoh 30 hari daripada tarikh tersebut dengan memaklumkan melalui surat secara rasmi kepada Jabatan Kesihatan Negeri dengan menyatakan tarikh lapor diri sebenar.

6. Calon dianggap menolak tawaran pelantikan sekiranya tidak melapor diri dalam tempoh 30 hari yang ditetapkan dan akan diganti dengan calon simpanan. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan dan keputusan adalah muktamad.

7. Calon yang tidak berjaya diminta memperbaharui pendaftaran masing-masing melalui SPA8(i) untuk dipertimbangkan dalam urusan temu duga akan datang (tahun 2013).

Sekian, terima kasih.

Zulhisham Bin Ahmad Shukori
Unit Paramedik & Auksiliari
Bahagian Sumber Manusia
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 9, Blok E7, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 W.P. PUTRAJAYA
Tel : 03-88832710

...: TERIMA KASIH DAUN KELADI..rajin singgah lagi :...