22 Jul 2012

PETUA II




CARA HILANGKAN BAU KETIAK
Bagi menghilangkan bau ketiak yang tidak menyenangkan,anda boleh cuba petua ini.campur kapur sireh dan perahan limau.Oleskan dibawah lengan  setiap kali lepas mandi.Pasti ketiak anda tidak mengeluarkan bau lagi.


PETUA ATASI TUMIT MEREKAH
Ambil betik muda,belah amik getahnya.letakkan pada tumit anda,biarkan beberpa  minit kemudian bilas bersih.Amalkan tiga kali smeinggu hasilnya tumit anda bebas rekahan.



ATASI RASA GATAL LIDAH AKIBAT KELADI
Sekiranya termakan keladi gatal,warna lidah akan bertukar menjadi ungu. Oleh ituanda perlu minum secawan air kelapa muda untuk hilangkan rasa gatal tersebut


HILANGKAN KESAN MINYAK HITAM PADA BAJU
Untuk menghilangkan kesan minyak hitam pada baju.sapukan sedikit marjerin pada kotoran dan rendam  seketika.Kemudian berus dan bilas.Anda akan dapati kesan tersebut hilang serta merta.Ia juga boleh digunakan jika terkena gula-gula getah atau getah mempelam. Selamat mencuba J




...: TERIMA KASIH DAUN KELADI..rajin singgah lagi :...

PETUA 1




HABUK KAYU MEMUTIHKAN GIGI
-ingin memutihkan gigi tanpa kos yang tinggi ialah dengan menggunakan habuk kayu yang telah dibakar. Tumbuk halus habuk kayu tersebut dan gosokkan pada gigi.Jika diamalkan selalu,gigi anda akan putih bersih.





LEMBUTKAN KULIT WAJAH
-bagi mendapatkan kulit wajah yang lembut, dan berseri,ambil uncang the  yang telah digunakan.Blias dengan air,Kemudian sapu dan lumurkan pada wajah sebelum mandi.Anda akan berpuas hati dengan hasilnya


MENAIKKAN SERI WAJAH
-Istimewa buat bakal pengantin,Amalkan memakan sekuntum bunga ros.Lakukan selalu untuk membantu  menaikkan seri  wajah.Petua ini boleh diamalkan kepada mereka yang inginkan awet muda


MENGURANGKAN KUNING PADA BAYI
-Bayi mudah mengalamai demam kuning.Bagi mengurangkan kuning bayi daripada terus meningkat,rendam halwa kundur dan ambil airnya.Berikan bayi minum sebanyak satu sudu teh dua kali sehari.Ibu yang menyusu juga boleh mengamalkannya. Insyallah kuning pada bayi beransur sembuh.



...: TERIMA KASIH DAUN KELADI..rajin singgah lagi :...