Hari
ini adalah HARI HIJAB/ JILBAB SEDUNIA dan memperingati Asy-Syahidah Marwah
El-Syarbini yang mati ditikam sebanyak 18 kali kerana mempertahankan Hijabnya.
Jika di Malaysia(maaf cakap) perempuan mati dirogol kerana membuka aurat.
Antara anda dan Marwah, yang mana mati dalam keadaan mulia? Mari kita baca
kisahnya yang penuh sejarah ini:
Tidak
banyak liputan TV tentang Marwa Al-Sharbini, seorang ibu yang punya seorang
anak, sedang mengandung tiga bulan, mati akibat ditikam 18 kali oleh seorang
pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tidak ramai pula
di kalangan orang Islam sendiri sedar tentang tragedi kejam ini. Yang mereka
lebih tahu ialah kematian Raja Pop. Itupun kerana media, terutama TV
melampau-lampau liputannya. Berhari-hari, bahkan berminggu masih belum reda
isunya.
Ribuan penduduk Mesir menghantar jenazah Marwa ke tempat pengkebumiannya. Beliau tidak sepopular artis tersohor, MJ, tetapi pastinya beliau tersohor di kalangan penduduk langit kerana mempertahankan harga diri, maruah dan agamanya melalui tudungnya, yang dengannya ia syahid.Marwa ditikam di ruang mahkamah kota Dresden, Jerman sebelum memberikan keterangan atas kesnya.
Ia mengadu tentang seorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya disebabkan beliau berjilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah berasal dari Mesir itu. Di saat berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, terkena tembakan pihak berkuasa yang berdalih tidak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam keadaan kritikal di hospital di Dresden.
Allahyarhamah merupakan seorang muslimah Mesir yang menetap di Jerman mengikut suaminya yang berjaya memperolehi biasiswa Phd di dalam bidang Kejuruteraan Genetik. Marwa juga dikenali sebagai Pakar Farmasi dan seorang yang suka melakukan kerja-kerja kebajikan.Menjalani kehidupan di persekitaran baru cukup mencabar ditambah pula dengan perbezaan warna kulit dan agama.
Konflik tercetus apabila beliau telah diganggu dan ditohmah ketika menemani anaknya bermain di taman permainan kanak-kanak. Dengan hanya meminta agar anaknya turut diberi peluang untuk bermain buaian, beliau dituduh sebagai ' Muslim Terrorist' oleh Axel W, 28 tahun, yang merupakan juga jirannya.
Melihat situasi tersebut kerap berulang, jiran-jirannya yang lain menasihatkan agar Marwa mengambil tindakan undang-undang terhadap Axel. Dan ketika proses perbicaraan berjalan, manusia berhati binatang yang bernama Axel W dengan tidak semena-mena menikam sebanyak 18 kali tikaman. Ya, 18 kali!
Dengan rodokkan 18 tikaman, Marwah yang sedang hamil 3 bulan menghembus nafas terakhir di tempat kejadian. Manakala suaminya pula dikejarkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri. Terkenang saat khalifah Umar Al Khattab dirodok pisau oleh Abu Lu'lu-ah Al Majusi saat sedang mengimamkan solat Isya terakhirnya.
Dalam sejarah Islam, seorang wanita Islam cuba dicabul kehormatan dan maruah dirinya oleh seorang Yahudi. Lantas pemuda Islam tangkas membantu hingga menyebabkan pergaduhan antara Yahudi dan orang Islam. Di zaman Khalifah Mu’tasim, seorang wanita meminta tolong dengan berkata: ‘Waa Mu’tasimah!’. Mu’tasim yang berada begitu jauh darinya, apabila mendapat berita tersebut terus menghantar bantuan untuknya.

Massyallah.....INI lah WANITA penghuni SYURGA... AL-FATIHAH UNTUK MANGSA
2 comments:
erm. raihan pon baru tahu ttg nie. thanx share..^^
welkam raihan :):)
Post a Comment